Thursday, June 25, 2009

~ TAZKIRAH JUMAAT

Cerita ini ialah satu kisah pabila mana Nabi Ibrahim meminta kepada ALLAH swt supaya menunjukkan kepadanya bagaimana sesuatu yang mati itu dihidupkan.
Maka ALLAH swt bertanya, apakah beliau tidak percaya?
Lalu beliau menjawab, sudah tentu tetapi hanya supaya lebih memahami.
Maka ALLAH swt memerintahkan Nabi Ibrahim supaya mengambil empat ekor burung daripada jenis yang berbeza iaitu burung merak, ayam jantan, burung merpati dan burung helang. Selepas itu beliau perlu menyembelih keempat-empat ekor burung itu dan mencincang dagingnya lalu diletakkan di empat bukit yang berbeza.
Kemudian beliau diperintahkan Allah swt untuk memanggil kesemua bangkai burung-burung itu. Maka pada ketika itu Nabi Ibrahim menyaksikan sendiri bagaimana ALLAH swt menyatukan tulang-belulang haiwan-haiwan yang telah disembelih tadi dengan daging dan akhirnya diliputi oleh kulit dan ditumbuhi bulu, kembali kepada sedia kala. Maka berterbanganlah mereka kembali ke arah Nabi Ibrahim.

1. @}---~~~---{@

Satu kisah yang mudah namun terselit pengajaran yang tersusun hikmah padanya.

Pertamanya adalah berdasarkan kiasan empat ekor burung yang dicincang-cincang dagingnya itu. Itu membawa erti yang pada burung itu terdapat sifat keji. Kita sebagai manusia perlu memelihara diri daripada sifat-sifat itu.
Contohnya;
1. Jika dirujuk pada burung merak, ia memiliki sifat sombong dan bangga diri disebabkan kecantikan bulunya yang berwarna-warni hingga dapat menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Maka kita perlu menjauhi sifat demikian.
2. Sifat buruk ayam jantan pula adalah kegilaannya mengawan tanpa mengira masa dan tempat. Sikap buruk itu perlu kita hindari bersama.
3. Burung merpati mempunyai sifat yang paling digemari di kalangan masyarakat dunia iaitu malas. Sekiranya diperhatikan, burung ini adalah burung yang paling lewat mencelikkan mata pada waktu pagi sedangkan burung-burung lain sudah pun sibuk bekerja keras.
4. Keburukan sifat burung helang yang suka menyambar. Ini dapat dikiaskan dengan sikap sesetengah orang yang suka mencuri termasuklah 'menyambar' kasut orang lain di masjid, merangut beg tangan, merampas harta bukan milik sendiri serta menculik orang bagi mengisi masa lapang.
Pengajaran yang kedua pula dapat kita lihat adalah sikap Nabi Ibrahim yang sudah beriman, namun masih berusaha memahami sesuatu dengan lebih mendalam lagi. Maka, terdapat suatu perbezaan yang ketara antara 'kepercayaan' dan 'kefahaman'. Ini bermaksud, percaya adalah suatu perkara dan fahaman adalah suatu perkara yang lain.

Contohnya, apakah kita percaya kepada al-Quran?
Maka jelas jawapannya adalah YA.
Tetapi adakah kita memahami al-Quran?
Fikir-fikirkan.

Monday, June 22, 2009

~ HAPPY FATHERS DAY ~

Walaupun hari bapa tak berapa glamour dari hari ibu, aku nak wish gak hari bapa ni khas untuk bapa2 yang ada di dunia ni...especially for my husband (superdaddy) .....HAPPY FATHERS DAYS to u. U mean everything to me. Need i say more.......
LUTFI + ABAH + FUTURE BABY.


Wednesday, June 10, 2009

~ KHAS UNTUK KAUM WANITA ~

  • 1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.
  • 2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
  • 3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
  • 4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
  • 5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
  • 6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Wednesday, June 3, 2009

~ CIUM ANAK DAPAT PAHALA ~

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW;

“Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”