Wednesday, November 19, 2014

Zulaikha di Taska Umi Nur

 Zulaikha n the geng



Aktiviti mewarna


Ini adalah salah satu aktiviti Zulaikha di Taska Umi Nur. Sor far memang tak adalah masalah zulaikha duduk kat sini. Dulu yer memang zulaikha duduk di rumah pengasuh....Tapi rasanyer duduk di taska lebih terjamin dari duduk rumah pengasuh...So kami decide pindahkan zulaikha duduk di Taska. Paham2 ajelah kalau duduk di rumah orang ni...mana yang dapat baik, baik lah...mana yang dapat pengasuh yang tahu mengaut keuntungan semata-mata memang kena bersabar bnyak2.

Owh yer, Lutfi dengan adik dia pun aku letak kat sini sekali...bukan apa senang sikit. At least lutfi boleh tengok kan adik-adik nye... tak ada lah bimbang sangat di hati ni. Duduk kat taska ni makan pun ikut masa. Time makan ada 3 kali. Sarapan Pagi,  makan tengah hari dan minum petang. Baru lah rasa berbaloi apa yang kita bayar...Sebagai ibu bapa kita ingin yang terbaik untuk anak kita. Apa- apa pun terserah di tangan anda. Tepuk dada tanya selera. 

Bersawang



Ya Allah rasanyer dah lama sangat aku tak meng update blog ni...rasanyer dah dekat 4 tahun...Tiba2 hari ni dengan izin Allah SWT aku teringat tentang blog yang pernah aku luah kan segala isi hati, suka dan duka perjalanan hidup. Alhamdulillah sekarang aku telah mempunyai sebuah keluarga yang cukup bahagia di sisi suami dan anak-anak. Sebut tentang anak aku baru sahaja melahirkan seorang baby girl yang comel di mata aku sebagai ibu.

Selama 4 tahun ini terlalu banyak perkara yang telah berlaku...Muhammad Ammar Lutfi dah pun nak masuk darjah satu. Qaseh Nur Zulaikha pulak dah nak masuk 5 tahun. Last update masa tu zulaikha baru jer lahir.  Cepat sungguh masa berlalu terlalu pantas. Sehingga tak terasa anak-anak semakin membesar. nanti aku ceritakan satu persatu yer.. Excited sangat sebab dah lama sangat tak bercerita. Aku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana sehingga hari ini aku masih bernafas di bumi mu Ya Allah..

Wednesday, July 6, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu SUAMIKU!

Wednesday, June 29, 2011

ULTRAMAN MEBIUS

Korang percaya tak ultraman turun malaysia......Hari tu weekend aku ngan en nasrul sesaje nak bawak lutfi tgk ultraman...Ultraman ni hanya ada kat sungei wang sahaje tau. yer lah lutfi kan peminat ultraman...selalu tengok kat tv jer kan....hari dapat tgk depan mata....kalau setiap hari ahad pagi pkul 9.00 jer dia dah duduk depan tv. Ultraman punyer pasal sanggup bangun tdo awal ok.....





Nak di ikutkan orang memang ramai...beratur panjang nak ambik gambar ngan ultraman....tapi sebenarnyer mak bapak yang lebih....hehehehehe......tak per lah kan...sesekali buat anak gembira apa salah nyer.....Lutfi plak bila tengok ultraman terkejut pun ada...sampai tak boleh tutup mulut...hahahaha......zulaikha jugak yang cool.....siap boleh tdo lagi....walau pun memang bising kat

situ.




:: muka ibu yang sangat xcited ::




:: anak beranak ultraman ::






:: Lutfi yang malu2 kucing sebab terkejut dapat ambik gambar ngan Ultraman ::



:: tiru gaya ultraman lah tu.... ::







Thursday, May 19, 2011

NUR KASIH THE MOVIE





toink....toink.....Nur Kasih Kembali lagi...tak sabar rasa nyer nak gi tengok cite ni.....Berlakon kat Jordan tu......Kalau tgk drama pun dah sampai nak meleleh air mata...ni kan pulak tgk Nur Kasih the movie....mesti touching giler.....Mr Husband tak nak belanja ker tgk cite nur kasih ni? sesekali tgk wayang mesti best kan...ambik cuti pastu kita kluar 2 orang. tanpa anak2......Lagi pun dah lama tak tengok wayang. Kalau tgk dari iklan mcm kena bawak tisu masuk wayang......sedih sangat....budak2 pun suka tgk nur kasih...ni kan pulak org tua.....Jom kita layan lagu Nur Kasih.....Tak salah aku lagu ni dulu yassin tu nyanyi sorang2 sekarang berduet ngan Tiz Zaqyah....tak sangka plak sedap gak suara Tiz Zaqyah ni.....Apa apa pun cite ni memang best....







Tuesday, May 10, 2011

Susu Terakhir buat si kecil

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".



p/s : sedih nyer...tetiba teringat anak-anak ibu

Monday, May 9, 2011

Rumah Ku Syurga Ku

Tak sabar rasa nyer nak masuk rumah baru. Untuk pengetahuan semua aku dan Mr Husband ada beli sebuah rumah. Alah..rumah biasa jer...maklumlah hanya ni jer yang mampu kami beli...Insyaallah kalau ada rezeki kami beli rumah besar sikit yer...Itu pun tunggu Mr Husband jadi projek manager dan jualan kain aku berjaya lah...Amin...Kami beli rumah ni pun dekat ngan rumah mak mertua. Kat jalan kebun...sebab rumah kat sini jer still murah lagi ...kalau kat tengah2 bandar shah alam mesti main 2 ratus hingga 2 ratus k ....Mana aku nak cekau duit..







Rumah dah pun 100% siap. cuma tunggu masuk air + indah water + CF. Korang pun tahu kan kalau nak masuk rumah baru mesti banyak pakai duit kan...so aku dengan rendah hati saper nak bagi hadiah nak masuk rumah baru aku ok jer...heehehehehe....Kalau ada rezeki tak de aral melintang tahun ni kami semua raya rumah baru.....(sengih sampai telinga ). Oh ya....ada tak sesaper tahu kat mana nak buat kicthen kabinet..kalau boleh nak yang cantik dan harga dia berpatutan lah...tak nak lah mahal sangat.. sat lagi tak terbayar pulak...kang puas plak aku dok cukur bulu satu badan...kih...kih...kih...itu pun kalau laku lah...jom layan gambar....




















Sorry lah yer tak dapat nak tunjuk gambar dalam rumah..kunci lah plak...pemaju takut penyangak pecah masuk rumah...sebab takut ada barang hilang..