Wednesday, May 27, 2009

TIPS............



Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?



"Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually"



Pada pendapat aku, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.


“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan?"




If ever i yang berlaku curang, maybe i sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu i sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan,




“I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”

YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”

Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…


“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”

Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan i nak menyalahkan sesiapa cuma i sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!


Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ada i bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”


Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”


“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya i.


“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”


”Ai, Encik Tam…biar betul!”


“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”


Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…

"You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya."

I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

Nasihat i kepada kaum lelaki :


Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then i pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.


Nasihat i kepada kaum wanita :


Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…kikikiki


Alright semua…so, apa pendapat anda pula?…adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?…keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here.

~HAPPY BIRTHDAY AMMAR LUTI ~


22 Mei hari tu genaplah anak ibu "Muhammad Ammar Lutfi Bin Nasrul" 1 tahun...rasa sekejap sangat masa berlalu...tup..tappp...dah besar anak ibu. Bnyak benda lutfi dah pandai buat...dari merangkak sampai lah dah pandai berjalan.....dan aku ibu kepada lutfi rasa bersyukur kerana dapat melihat anak aku membesar didepan mata....dan lutfi adalah kekuatan aku untuk meneruskan kehidupan yang lebih mencabar ini.....emo lah plak...hehehhehehe...


Dan seperti yang dirancang telah pun berjalan seperti biasa. Birthday lutfi disambut secara sederhana tetapi tetap meriah...tq kepada auntie2 lutfi yang sudi menolong menjayakan bithday lutfi ni. To my mother in law tq so much....yang tak cukup tangan nak memasak.menu2 yang nenek lutfi masak memang best.....yang paling best mee kari....aku pun nak tunjukkan kehebatan aku yang pandai memasak ni kan...nak tahu aku buat roti jala. walaupun aku gulung tak cantik...tapi licin....satu pun tak tinggal....betapa best roti jala yang aku buat tu...sesape nak tempah jangan malu yer....heheheheh.....

To Muhammad Ammar Lutfi, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Menjadi seorang anak yang soleh. I LOVE U SON.







:: birthday boy ::

:: mata bertentang mata ::

:: mmmuuuahhhh...... ::

:: lutfi + baby afrina ::

:: tinjau saper tu ::


:: lutfi + auntie ain ::



Monday, May 18, 2009

~ STEP BY STEP ~


Lagi beberapa hari jer lagi Ammar dan setahun ..sekejap je..Ammar sekarang dah pandai jalan..dah tak nak dukung-dukung lagi..ingat dah pandai jalan lega sikit..tapi..lagi penat rupanya..mana taknya..jalan setapak dua..nak menyinggah tengok itu ini..jalan setapak dua..nak kutip batu lah....pening kepala.pantang kalau nampak pintu terbukak, mesti nak keluar...hehehehe.....

Satu lagi..Ammar dah pandai sebut "abah"..comelnya suara..boleh cair kita dibuatnyer. tapi kadang-kadang semua benda die nak..hehe....tensennyer...kalau tak bagi dia akan mengamuk satu dunia. ikut perangai sape tu ? Jom kita tgk perangai lutfi kat rumah. thi..thi...thi..

:: ni lah yang paling lutfi suka buat.dia suka sepah kan baju.... ::

:: bila dah bersepah apa lagi angkat kaki lah..::

:: dia suka main ngan kucing ::

:: dia suka panjat tiang buai...::

:: dan akhir sekali bila dah penat lutfi terpaksa di tido kan, kalau dah lawan mata memang susah nak tdo....::




Sunday, May 10, 2009

CELEBRATE

SUNDAY , MAY 10 , 2009



10 may adalah hari yang dinanti-nantikan oleh aku. Maklumlah sekarang ni dah jadi ibu, dulu kalau hari ibu, kita wish pada ibu kita. sekarang ni bila dah jadi ibu mesti tunggu anak kita wish pada kita plak...so memang terharu walaupun lutfi tak pandai cakap tapi dia dah pandai cium ibu dia.....terharunyer aku.... Disebab kan hari ibu, bekfest pun kat kedai...lebih kurang cuti masak lah...1 hari jer..hehehehe....TQ En Nasrul....yang paling terharu en nasrul sudi beli kek untuk hari ibu.......so hari ibu ini aku celebrate ngan mak mertua sekali..hehehehh....





Thanks a lot to Naffi sebab sudi belanja makan pizza.so paham2 jer lah kalau dah bawak lutfi memang tak cukup tangan nak jaga.semua benda dia nak usik. best.....sangat.....memang best sebab dapat celebrate hari ibu.terharu lah plak.....emo lah plak...hehehhehe....so kita layan gambar OK...





:: lutfi ngan uncle jiji ::


:: kan abah suruh duduk lutfi... ::


:: lutfi + uncle naffi ::


:: ibu mithali ::


:: island supreme ::


:: chicken wing ::


:: salad gitu ::


:: berseleranyer En.Nasrul mkn yer...::


:: cedapnyer...... ::






Wednesday, May 6, 2009

~ SELAMAT HARI IBU ~

Dapat dari email..

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT...........

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

P/S : rindunya kat mak.....