Friday, August 28, 2009

~ LAGI 5 HARI JER ~



"Masa berlalu... tanpaku menyedari... percintaan yg kita bina hampir terlerai.. apa salah ku, kau buat ku begini... " ayat nie xde kaitan pun ngan entry kali nie yer... hehee...



Erm, lagi 5 hari je lagi, umat Islam akan menyambut bulan Syawal dan meninggalkan bulan Ramadhan yg mulia nie... sepanjang bulan Ramadhan nie, aku bz melayan kerenah anak aku.... si Lutfi nampak semakin manja... ada je yg dia buat nak dapatkan perhatian aku.Ayik merengek jer...sampai letih aku dibuatnyer...Tahun ni dalam kepala memang macam2 nak buat.tapi dengan keadaan perangai lutfi yang asyik mengacau jer aku nak buat kuih raya pun terbantut. Kalau nak buat terpaksalah tidokan dia dulu....Pantang leka sikit ada jer benda dia buat. Pernah sekali masa tu aku tgh sebok basuh pinggan dia sebok mengemas atas meja mkn. Habis biskut berterabur. Dah mcm tongkakng pecah dapur aku.



Dah nak dekat2 raya nie, sana sini ada SALES.... dihujung2 bulan Ramadhan nie, digalakkan meningkatkan lagi ibadah.. tapi, manusia berebut2 nak kejarkan SALES... ermm... kenapa ye sampai mcm tu? tepuk dada tanya la hati...termasuk lah diri aku sendiri. kui...kui...kui...









Monday, August 24, 2009

~ RAMADHAN AL-MUBARAK ~

Tuesday, 25 August, 2009


Assalamualaikum ,
1000 senyuman belum tentu menawan hati, 1 jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci, Membina mengambil masa...meruntuh sekelip mata.

Di sini saya ingin mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK dan menunaikan rukun islam kita yg ke -3 & 4 dgn penuh ikhlas dan sabar semata2 krn Allah S.W.T

Semoga di Bulan Ramadhan ini, kita sama-sama dpt mengabdikan diri kpdNya , memuhasabahkan diri dan memperbanyakkan amalan-amalan yg baik di samping dpt mem perkukuhkan iman dan Taqwa ..

Bersama – sama lah kita menghargai dan Menghayati BULAN RAMADHAN Mulia yang tiba hanya setahun sekali, dan Berdoa agar segala Amalan2 baik yg kita lakukan dpt Keredhaan dariNya..

Sekian Wassalam.
Selamat menjalani Ibadah Puasa 1430 Hijriah.

~ HAPPY ANNIVERSARY ~

WEDNESDAY, AUGUST 19, 2009


Masa berlalu begitu pantas sekali. Terasa baru semalam bergelar pengantin baru. Rupa-rupanya dah tahun kedua pasangan Nazihah dan Nasrul bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua buat kami berdua.

Dulu bujang, kemudian berdua, dan kini dah bertiga. Dengan kehadiran anak kesayangan kami Muhammad Ammar Lutfi menambahkan lagi seri dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri. Lutfi adalah segalanya. Kasih kami padanya tak pernah berbelah bagi. Walaupun letih bekerja, namun bila tengok muka Lutfi yang cute macam ibu dan abahnya, hilang semua keletihan tu. Muka Lutfi macam muka siapa ye? soalan tu selalu orang tanya. Jawapan yang kami dapat pun pelbagai. Ada yang kata macam ibunya ada juga yang kata macam abahnya. Yang pasti Lutfi adalah zuriat kami berdua. Dan sudah pasti sekali pandang macam muka aku dan dua kali pandang macam muka suamiku pulak.

Semoga tahun depan kami dapat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama sama lagi.