Wednesday, December 30, 2009

~ LANGKAWI TRIP ~

Kerja....kerja...kerja...Asyik kerja jer....so kami semua pakat ramai2 gi jalan2 ke langkawi. Kami pergi masa raya haji...so boleh dikatakan sambut raya haji kat langkawi...Boleh Gitu ? Boleh jer...yang penting kita happy....Sebab abg aku duduk kat kedah...dia yang uruskan semuanyer....kira cuci kaki lah.....


Kitorang naik langkawi ikut Kuala Perlis sebab dekat sikit kalau nak compare naik ferry dari Kuala Kedah. Sampai jer kat Kuala Perlis masa cari parking dah kena kerumun dengan set-set parking bermotor guide untuk pergi park kat parking lot diorang yang kononnya parking berbumbung.


Fisrt destination, Cable Car kat Gunung Mat Cincang. Menengokkan dari bawah dah start terasa thrill nya. 3 kali ganda lebih thrill dari Cable Car Genting Highland. Sebab yang nih betul-betul naik dari kaki bukit sampai 700meter ke atas. huh!



Bukan takat gayat jer. rasa macam nak menangis je kat dalam cable car. Tapi memang best. Dari atas tuh boleh nampak telaga tujuh dengan lain-lain tempat lain. Memang salah satu tempat wajib pergi bila dah ke Langkawi. Tempat-tempat lain cam Underwater world, Taman Buaya, Taman Ular, Taman Burung, ni mender-mender biasa yang kat tempat lain pun ada so kitorang decide untuk skip jer. Sebab 2 hari jer pun. Memang tak boleh nak pergi semua tempat.


Kat atas tu pada ketinggian lebih kurang 678meter dari aras laut ada jambatan gantung berbentu U-Shape. Memang cantik permandangan kat situ. Kebetulan cuaca time kitorang pergi tuh baik sangat. Biasanya kalau mendung, hujan, kilat, guruh dan sebagainya jambatan ni akan di tutup. Kalau dah sampai kat atas, tak pergi jambatan ni, memang menyesal beb.



:: Jeti kuala Perlis ::


:: Welcome ::



:: kakak ku + Anak2nye ::


:: Aksi stuntman ::


:: Cable Car ::


:: Loving Couple ::


Sebelum kami nak balik ke kedah abg ipar aku bawak kami sekeluarga lunch dekat Wan Thai restoran area pekan kuah. Kiranyer aku first time lah makan kat sini. Memang sedap makan kat situ. Tomyam dia memang power. Tapi yang paling aku suka otok2, lain dari yang lain.... masakan asli thai lah katakan. Bahasa org puteh nyer 'steamed curry in young coconut' di masak dlm kelapa muda. Kat dalam tu ada udang, sotong, ayam dan digaulkan dengan kelapa muda. Kaw...kaw...gitu. Jom kita layan gambar plak...tapi lepas habis makan lah aku ambik gambar...sebab masa tu memang tengah lapar.....huhuhhh...


:: Kenyang sudah ::


:: Semua org dah berhenti mkn. Aku jer tak habis mkn lagi ....::

~ OUTING ZOO NEGARA ~

Hari tu kami sekeluarga ke zoo negara. Bawak lutfi jalan-jalan sambil mengenal binatang...Lebih kurang macam lawatan sambil belajar..hehehehheheh....Tiba saja di zoo, kami melihat Pertunjukan Haiwan. Ada pertunjukan burung nuri & burung enggang. Kemuncak acara adalah pertunjukan anjing laut. Lutfi terpegun habis lah tengok anjing laut melompat-lompat dalam air dan bermain bola. Kalau boleh memang lutfi nak masuk je dalam air tu...bila tengok org tepuk tangan lutfi pun ikut sekali...alahai comelnyer anak ibu ni....


Walau pun bawak stroller lutfi memang tak nak duduk dalam stroller. Kalau duduk pun bila lutfi tido atau dah tak larat nak jalan. Sebab lutfi bila dah dapat kaki memang ibu dengan abah tak terkejar...kejap2 lari. Memang tak larat. Kang kalau hilang satu hal plak...menagis aku...tapi apa-apa pun memag best sebab lutfi dapat belajar macam2 dekat zoo. Suka nyer lutfi bila dapat tengok zirafah dengan gajah secara dekat. Ye lah selama ni tengok kat TV jer he..he...he.


Bila lutfi nampak apa2 binatang je pun lutfi akan sebut cicit. sebab kat rumah nenek lutfi ada kucing yang bernama cicit. Jadi monyet pun dia panggil cicit. Tergelak besar ibu ngan abah dibuatnyer....Clever Boy...Lebih kurang 4 petang kami kluar dari Zoo dan terus gi umah mak mak andak. Satu pengalaman yang menyeronokkan buat lutfi. Jom kita layan gambar plak....


:: One Family ::

:: Lutfi tengok apa tu ? ::

:: Ohh... tengok monyet.... ::

:: Lutfi + Uncle Naffi ::

:: Anjing laut ::






:: kura-kura gergasi ::

:: Zirafah ::

:: Gajah ::

:: Kepenatan ::

:: Lutfi + Ibu ::


:: Flamingo ::

:: Sebelum balik sempat kita posing dulu :) ::

Sunday, November 15, 2009

KARNIVAL KSKN


24hb Oktober hari tu berlangsungnya Karnival Kelab Sukan Dan kebajikan NECSB Di office aku untuk staf, keluarga dan sahabat handai. Karnival ini juga berjaya merapatkan silaturrahim di kalangan staff dan keluarga besar NECSB. Antara sukan yang dipertandingkan bagi kanak-kanak adalah masuk air dalam botol, pertandingan mewarna, bawa bola pingpong dalam sudu. Manakala untuk orang dewasa pula baling balingan kasih, lari ikat kaki dan mcm2 lagi lah.....tapi memang syok...terima kasih pada yang sudi hadir memeriahkan karnival sukan ni.


Dan kepada AJK2 yang lain termasuk lah Aku. ( nk bagi tahu jugak) terima kasih banyak2 yer sebab memberi kerjasama. So lepas ni plan apa pulak yer KSKN nak buat....Jawapannyer tunggu jer lah.... Lutfi ngan En Nasrul datang jugak...Sorry yer cayang.....ibu tak dapek nak layan...Sebab ibu kena jaga pendaftaran ngan gerai minuman...Petang tu lutfi seronok sangat sebab dia dapat bebas berlari di padang tanpa ganguan sesiapa.



To En Nasrul TQ SO MUCH sebab sudi jaga lutfi 1 hari. Jasa mu akan kukenang. Kerana ku tahu kamu adalah Bapa yang penyayang.....kalau tak tak kan lah sanggup melayan kerenah lutfikan. Sekarang ni kan lutfi dah pandai cakap. Tapi bahasa dia lah...tu yang payah nak paham apa yang dia nak cakap. Apa2 pun TQ bnyak2. Jom kita layan gambar OK.....


:: apa2 pun isi perut dulu ::

:: balloon ::

:: baling balingan kasih ::

:: rebut kerusi ::




Gambar kat bawah ni adalah aksi lutfi. Macam2 gaya ada. Maklumlah dapat bebas berlari. Dah setahun 6 bln lutfi sekarang ni. So sekarang dah makin pandai. Pandai main, pandai merajuk, pandai tolong kemas kat dapur, pandai kemas rumah (bersepah lagi ada lah ) :] dan yang paling pandai tengok cartoon upin ipin.






:: best gak landing atas rumput ni ::




:: sempat gak rebut balloon org lain ::





:: sebelum balik ambik gambar ngan ibu dulu ::

Monday, November 2, 2009

~HUHUHUHUHUHU~



Aku rasa dah lama sangat aku tak mengupdate blog aku ni...Dalam bulan ni memang bz gila. Dengan lutfi yang cirit birit, dengan en nasrul yg memanjang outstation, dan dengan aku yang bz dengan kelab sukan dan kebajikan di office ...AJK lah katakan. Apa-apa pun semua nyer kuterima dengan hati yang terbuka. Kekadang tu ada gak rasa tension.hehehehe :) Nak buat mcm mana, dah tanggungjawab kan..kalau tak tak jadi lah ibu mithali.....kui...kui...kui...

Alhamdulillah abg aku dah pon konvo pada hari sabtu 10 Oktober 2009.Aku, En Nasrul dan mak dapat lah pergi majlis konvokesyen abg aku di PICC putrajaya. Lutfi aku tinggal kan dengan mak mertua ku. Kesian Lutfi kena tinggal..Bila tengok abg aku konvo teringin plak nak further study...sempat gak lah berangan. Tapi........boleh ker...nak jaga lutfi lagi....balik keje nak kena masak lah, kemas rumah lah, boleh ke nak handle semua tu...? Boleh...boleh...boleh... Apa yang penting KERJASAMA.

Masa nak tunggu konvo tu habis memang lama.....sempat lah aku ngan en nasrul berposing di PICC ni...Aku tepek gambar jer lah...biar gambar yang bercerita plak...OK !!

Tahniah Bro !

Faizal + Emak

In PICC



Di luar PICC

Aku yang Poyo

Yang ni lagi POYO..heheheheh

Thursday, October 1, 2009

~ SALAM AIDILFITRI ~




Ramadhan telah melabuhkan tirainya dan Syawal mula disingkap. Harapnya segala yang telah raih ketika Ramadhan lalu dapat diteruskan serta diperbaiki lagi di bulan Syawal yang mulia ini. Dikempatan yang ada ini kami dengan rendah hatinya mengucapkan “Selamat Hari Raya” kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat khasnya para pembaca blog ini. Beserta dengan itu juga kami memohon ampun dan maaf sekiranya ada diantara penulisan di blog ini yang telah mengguris hati sesiapa. Ianya berlaku tanpa disengajakan atas kelemahan kami sebagai seorang hamba ALLAH.

Monday, September 28, 2009

~ HAPPY B'DAY LUVLY HUBBY ~

Monday, September 28, 2009


ALLAH SELAMAT KAN KAMU...ALLAH SELAMATKAN KAMU....ALLAH SELAMATKAN NASRUL BIN NASRI...ALLAH SELAMATKAN KAMU.....JENGG...JENG.....Amacam best tak lagu ni. Lagu ni khas aku tujukan untuk sumai yang tercinta. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. American Bluberry adalah hadiah hari jadi for my Lovely Hubby yang ke 31. Cian dah tua, aku muda lagi (ahaksss..) Sebab tahun ni my hubby punyer birthday jatuh di bulan puasa. 16.09.2009 So tak payah membazir, beli kek pun dah cukup. (bunyi mcm kedekut jer) Bukan kedekut tau. Berjimat cermat katanyer...hehehe... Sorry sebab tak dapat nak beli apa2. Lagi pun nak dekat raya kan, duit pun banyak nak pakai. Dolu2 sempat gak nak cari present, kad. Rasanyer my hubby tak kisah. sebab aku dah pun bagi present yang amat bernilai....Ammar Lutfi lah...hehehehe



Friday, August 28, 2009

~ LAGI 5 HARI JER ~



"Masa berlalu... tanpaku menyedari... percintaan yg kita bina hampir terlerai.. apa salah ku, kau buat ku begini... " ayat nie xde kaitan pun ngan entry kali nie yer... hehee...



Erm, lagi 5 hari je lagi, umat Islam akan menyambut bulan Syawal dan meninggalkan bulan Ramadhan yg mulia nie... sepanjang bulan Ramadhan nie, aku bz melayan kerenah anak aku.... si Lutfi nampak semakin manja... ada je yg dia buat nak dapatkan perhatian aku.Ayik merengek jer...sampai letih aku dibuatnyer...Tahun ni dalam kepala memang macam2 nak buat.tapi dengan keadaan perangai lutfi yang asyik mengacau jer aku nak buat kuih raya pun terbantut. Kalau nak buat terpaksalah tidokan dia dulu....Pantang leka sikit ada jer benda dia buat. Pernah sekali masa tu aku tgh sebok basuh pinggan dia sebok mengemas atas meja mkn. Habis biskut berterabur. Dah mcm tongkakng pecah dapur aku.



Dah nak dekat2 raya nie, sana sini ada SALES.... dihujung2 bulan Ramadhan nie, digalakkan meningkatkan lagi ibadah.. tapi, manusia berebut2 nak kejarkan SALES... ermm... kenapa ye sampai mcm tu? tepuk dada tanya la hati...termasuk lah diri aku sendiri. kui...kui...kui...









Monday, August 24, 2009

~ RAMADHAN AL-MUBARAK ~

Tuesday, 25 August, 2009


Assalamualaikum ,
1000 senyuman belum tentu menawan hati, 1 jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci, Membina mengambil masa...meruntuh sekelip mata.

Di sini saya ingin mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK dan menunaikan rukun islam kita yg ke -3 & 4 dgn penuh ikhlas dan sabar semata2 krn Allah S.W.T

Semoga di Bulan Ramadhan ini, kita sama-sama dpt mengabdikan diri kpdNya , memuhasabahkan diri dan memperbanyakkan amalan-amalan yg baik di samping dpt mem perkukuhkan iman dan Taqwa ..

Bersama – sama lah kita menghargai dan Menghayati BULAN RAMADHAN Mulia yang tiba hanya setahun sekali, dan Berdoa agar segala Amalan2 baik yg kita lakukan dpt Keredhaan dariNya..

Sekian Wassalam.
Selamat menjalani Ibadah Puasa 1430 Hijriah.

~ HAPPY ANNIVERSARY ~

WEDNESDAY, AUGUST 19, 2009


Masa berlalu begitu pantas sekali. Terasa baru semalam bergelar pengantin baru. Rupa-rupanya dah tahun kedua pasangan Nazihah dan Nasrul bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua buat kami berdua.

Dulu bujang, kemudian berdua, dan kini dah bertiga. Dengan kehadiran anak kesayangan kami Muhammad Ammar Lutfi menambahkan lagi seri dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri. Lutfi adalah segalanya. Kasih kami padanya tak pernah berbelah bagi. Walaupun letih bekerja, namun bila tengok muka Lutfi yang cute macam ibu dan abahnya, hilang semua keletihan tu. Muka Lutfi macam muka siapa ye? soalan tu selalu orang tanya. Jawapan yang kami dapat pun pelbagai. Ada yang kata macam ibunya ada juga yang kata macam abahnya. Yang pasti Lutfi adalah zuriat kami berdua. Dan sudah pasti sekali pandang macam muka aku dan dua kali pandang macam muka suamiku pulak.

Semoga tahun depan kami dapat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama sama lagi.

Wednesday, July 29, 2009

~ Entry B.E.N.G.A.N.G ~

Pompuan ni memang saje buat aku marah hangin, panas, memang menggelegak satu badan. memang lah ko bos aku tapi ko tak patut buat semua staff mcm tempat ko nak lepas geram. memang dasar cina nak m_ _ _ p _ s. Dasar kuku besi. Ingat aku ni tunggul apa. sekali 2 boleh lah aku bersabar...kalau hari2 nak melayan perangai kau tu boleh jadi tekanan. Nasib baik tak de darah tinggi. Kalau tak dah lama admitted. Semua benda ko jer yang betul. Org lain semua salah. tak nak dengar langsung pendapat org lain. Macam lah pandai tapi sebenarnyer bodoh jugak. Sikit2 show cause letter. ingat ni kat sekolah ker. ni ofiice lah beb... Semua benda ko nak control. Ko MC boleh, org lain MC tak bleh. Ko cancle leave boleh, staff lain cancle leave tak bleh. Ape cite....Aku datang lewat salah, datang awal pun salah. Tapi aku sabar. Ko nak aku buat apa lagi..aku rasa better ko duduk kat tanjung rambutan lagi bagus lah...ko buat dunia ko sendiri. Jangan ganggu life org lain. Bnyak staff yang lain resign sebab kau. Perangai kau macam SYAITAN. Aku pun pelik apasal ko dengki sangat dgn org melayu. Ko ingat bangsa ko tu baik sangat...Mungkin aku tak sepatutnyer tulis semua benda ni. Tapi dengan cara ni jer yang boleh melepaskan kemarahan aku yang dah lama terpendam. Mcm gunung berapi yang dah nak meletup. Patut ker aku nak add gambar ko? Aku still lagi ada hati perut lah. Dan aku rasa gambar ko tu tak layak ada dalam blog aku.

Tuesday, July 28, 2009

~ OUTSTATION ~


Baru jer balik dari jb dah kena gi outstaion ke ipoh...penatnyer, rumah aku dah lah mcm tongkang pecah. tak sempat nak kemas dah kena gi ipoh. Nama lagi pun kerja. nak tak tak terpaksa gak lah aku pergi sementara masih ada kerja ni.kang tak pasal2 kena buang kerja satu hal plak. we arrived at ipoh pkul 10.00 mlm tunggu en nasrul balik keje.outstation sorang2 memang tak best kan. so aku bawak sekali en nasrul ngan lutfi. boleh gak teman aku kat hotel. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai satu badan...heheheh boleh lah aku gi jln2 kat ipoh tu. lagi pon bukannyer selalu gi ipoh. We stayed at Grand view hotel. Firs impression alamak ! kat tepi jalan ker? Matilah....mesti tak selesa ni. Naik atas masuk bilik, ermm bilik kecik, tapi bersih & toliet pun bersih. No choice sebab company dah book hotel ni. Kalau boleh nak tukar hotel, tapi malas lah sebab sampai hotel dah malam. kesian plak tgk lutfi yang tgh nyenyak tdo. So we decide duduk jer lah hotel tu.


Sunday morning depan hotel ada pasar pagi.tapi org kat sini tak panggil pasar pagi. dia org panggil pasar karat. nak tahu kenapa panggil pasar karat sebab kat situ jual barang2 antik...sumernyer barang lama2. cth seterika lama, periuk belanga dan segala jenis besi yang agak2 masih boleh dipakai. agak nyer sebab tu kot dia org panggil pasar karat. Sesape yang berminat ngan barang antik boleh lah servay.

:: ni lah hotel kami ::



:: katanyer JWW birch guna mesin taip ni ::






Sabtu petang kami saje2 lah lepak kat taman ipoh tu nak merasa laksa ipoh. Kat taman tu memang bnyak gerai jual laksa. Sampai tak tahu nak mkn kat gerai mana. ok lah, not bad janji boleh mkan. Tetiba aku boleh nampak plak HOT FM CREW . memang best lah macam2 dapat give dari hot fm. sempat gak lah aku posing ngan Tini. Jangan marah yer !!! Tini memang kecik orangnyer. Kiran pun tak kurang hendsome.





:: jawa rangers ::





Pics kat bawah ni masa nak gi ' THE LOST WORLD OF TAMBUN' lebih kurang mcm sunway lagoon lah. tapi murah sikit dari sunway lagoon. Memang best sangat. Outstation pun mcm tak outstation kan. heheheh.......lutfi ngan abah dia mandi memang tak ingat dunia sampai sun burn. ingat kan lutfi takut ke apa kan. Rupanyer lutfi lagi excited dari kami. Balik hotel terus tido lena. memang letih yang amat sangat.... sebab besok dah nak balik s.alam mlm tu sempat gak lah singgah umah pak sedara aku. Mak aku punyer adik lah....

:: Welcome ::

::walaupun tgh drive tunjuk ibu jari pun jadi lah ::

:: bucuk :) ::


:: cak ::

:: peace ::



:: sukanyer dia ::

:: berseleranyer lutfi ngan abah dia mkn. walaupun mkn kropok lekor jer. wah...wah... ::


:: lepas mkn menyusu plak ::

:: pon...pon...kami nak naik train ni ::

:: say cheese ::



:: tunggu2....sorry lah En.nasrul, dah terlambat ::

:: lutfi + ibu ::

:: one family ::

:: akhirnyer lutfi terido gak dgn sendirinyer. mungkin terlalu penat ::