Wednesday, July 6, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu SUAMIKU!

Wednesday, June 29, 2011

ULTRAMAN MEBIUS

Korang percaya tak ultraman turun malaysia......Hari tu weekend aku ngan en nasrul sesaje nak bawak lutfi tgk ultraman...Ultraman ni hanya ada kat sungei wang sahaje tau. yer lah lutfi kan peminat ultraman...selalu tengok kat tv jer kan....hari dapat tgk depan mata....kalau setiap hari ahad pagi pkul 9.00 jer dia dah duduk depan tv. Ultraman punyer pasal sanggup bangun tdo awal ok.....





Nak di ikutkan orang memang ramai...beratur panjang nak ambik gambar ngan ultraman....tapi sebenarnyer mak bapak yang lebih....hehehehehe......tak per lah kan...sesekali buat anak gembira apa salah nyer.....Lutfi plak bila tengok ultraman terkejut pun ada...sampai tak boleh tutup mulut...hahahaha......zulaikha jugak yang cool.....siap boleh tdo lagi....walau pun memang bising kat

situ.




:: muka ibu yang sangat xcited ::




:: anak beranak ultraman ::






:: Lutfi yang malu2 kucing sebab terkejut dapat ambik gambar ngan Ultraman ::



:: tiru gaya ultraman lah tu.... ::







Thursday, May 19, 2011

NUR KASIH THE MOVIE





toink....toink.....Nur Kasih Kembali lagi...tak sabar rasa nyer nak gi tengok cite ni.....Berlakon kat Jordan tu......Kalau tgk drama pun dah sampai nak meleleh air mata...ni kan pulak tgk Nur Kasih the movie....mesti touching giler.....Mr Husband tak nak belanja ker tgk cite nur kasih ni? sesekali tgk wayang mesti best kan...ambik cuti pastu kita kluar 2 orang. tanpa anak2......Lagi pun dah lama tak tengok wayang. Kalau tgk dari iklan mcm kena bawak tisu masuk wayang......sedih sangat....budak2 pun suka tgk nur kasih...ni kan pulak org tua.....Jom kita layan lagu Nur Kasih.....Tak salah aku lagu ni dulu yassin tu nyanyi sorang2 sekarang berduet ngan Tiz Zaqyah....tak sangka plak sedap gak suara Tiz Zaqyah ni.....Apa apa pun cite ni memang best....







Tuesday, May 10, 2011

Susu Terakhir buat si kecil

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".



p/s : sedih nyer...tetiba teringat anak-anak ibu

Monday, May 9, 2011

Rumah Ku Syurga Ku

Tak sabar rasa nyer nak masuk rumah baru. Untuk pengetahuan semua aku dan Mr Husband ada beli sebuah rumah. Alah..rumah biasa jer...maklumlah hanya ni jer yang mampu kami beli...Insyaallah kalau ada rezeki kami beli rumah besar sikit yer...Itu pun tunggu Mr Husband jadi projek manager dan jualan kain aku berjaya lah...Amin...Kami beli rumah ni pun dekat ngan rumah mak mertua. Kat jalan kebun...sebab rumah kat sini jer still murah lagi ...kalau kat tengah2 bandar shah alam mesti main 2 ratus hingga 2 ratus k ....Mana aku nak cekau duit..







Rumah dah pun 100% siap. cuma tunggu masuk air + indah water + CF. Korang pun tahu kan kalau nak masuk rumah baru mesti banyak pakai duit kan...so aku dengan rendah hati saper nak bagi hadiah nak masuk rumah baru aku ok jer...heehehehehe....Kalau ada rezeki tak de aral melintang tahun ni kami semua raya rumah baru.....(sengih sampai telinga ). Oh ya....ada tak sesaper tahu kat mana nak buat kicthen kabinet..kalau boleh nak yang cantik dan harga dia berpatutan lah...tak nak lah mahal sangat.. sat lagi tak terbayar pulak...kang puas plak aku dok cukur bulu satu badan...kih...kih...kih...itu pun kalau laku lah...jom layan gambar....




















Sorry lah yer tak dapat nak tunjuk gambar dalam rumah..kunci lah plak...pemaju takut penyangak pecah masuk rumah...sebab takut ada barang hilang..


Sunday, May 8, 2011

SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT...






Cite nyer macam ni..hari ni tetiba kawan aku ajak pergi bank rakyat...sebab dia orang nak beli saham...aku sesajer jer lah teman...nak beli saham duit tak de...so cuci mata jer lah lah apa yang ada kat bank rakyat tu...tetiba kawan aku tanya tak nak buat saving nuri ker untuk anak. Yer tak yer kan....kesian zulaikha. duit dia ada lah aku simpan sikit masa dia baru lahir hari tu..pikir punyer pikir lebih baik aku simpan dari habis ke tangan aku. Maklumlah ibu dia ni kan kaki habiskan duit...nampak apa yang cantik di mata mesti beli. kalau duit saving aku dah habis duit anak pun aku kebas...heheheheh....(dalam hati nanti ibu ganti yer ). So dalam hand bag aku ada 200. itu pun duit hasil jual kain... boleh lah dari tak ada...lagi pun bank rakyat ni dekat ngan office aku..so kalau nak ape2 hal senang nak pegi.





Sampai jer dekat bank rakyat aku pun isi borang...rupanyer dia nak photostat IC ngan Maykid. Dalam hati aku mana nak cekau kedai mesin photostat. dah lah kiri kanan kedai baiki motor ngan kereta...tetiba datang lah idea dalam kepala otak aku yang geliga ni...aku tawaf setiap kedai..tnya kat orang kedai photostat kat mana......(muka tebal )akhirnyer aku jumpa lah kedai photostat..pakcik ni memang baik...peramah lagi...tapi pakcik ni buat keje agak lemah lembut dan bersopan santun...aku dah lah nak cepat.sebab takut terlepas no giliran...kang kalau nak ambik no lain jawabnyer tak masuk keje lah aku....Macam mana pun TQ pakcik jasa mu di kenang :)





Sedang elok sampai kat bank no aku pun kena panggil..(rezeki aku lah tu ) aku pun register lah...bangga tu beb buat akaun nuri...dapat tabung ngan notepad.....ko ada ker ? Jangan jeles...So aku akan simpan tabung ngan notepad ni...bila zulaikha dah besar nanti baru aku akan bagi...kalau aku bagi sekarang pun bukannyer dia geti guna pun...kang silap hari bulan rosak mcm tu jer...aku nak ajar Zulaikha belajar menabung...bila dia dah besar nanti ada jugak saving....Untuk lutfi sabar yer sayang nanti kalau dapat duit raya ibu bukak akaun untuk lutfi plak....













:: Tabung Nuri ::


Thursday, May 5, 2011

JUMAAT YANG INDAH...

Tetiba hati rindu sangat ngan Mr Husband and anak-anak.....Rasa tak boleh kehilangan mereka bertiga. Ibu betul2 sayang kamu...Insyaallah ibu akan buat yang terbaik untuk kamu....I LOVE U SO MUCH...Harapan ibu Abah menjadi seorang suami yang beriman dan bertanggungjawab. Dan dapat bimbing ibu menjadi seorang ibu yang mithali....Dan kepada anak ibu semoga menjadi anak yang soleh dan solehah...Amin Ya Rabbal Alamin..... Lagu ni ibu tujukan khas untuk Mr Husband, Lutfi dan Zulaikha...


Tuesday, April 26, 2011

Isteri Kesayangan Suami..

KeTAhuiLaH WaHAi WaNiTa...

Sekiranya anda sediakan minuman utk suami anda,pahalanya spt brpuasa sunat selama setahun...

Sekiranya anda mnyediakan mknan utk suami anda,pahalanya haji n umrah...

Sekiranya anda mandi junub krn bersama dgn suami anda,pahalanya spt anda brsedekah 1000 ekor kambing kpd fakir miskin...

Sekiranya anda memandang suami dgn pandangan harmonis..manja,penuh kasih syg..pahalanya spt anda brzikir kpd Allah...

Sekiranya anda taat kpd suami anda,semua ikan di laut..burung di udara..malaikat di langit..matahari dan bulan,semuanya bristighfar utk anda selama mana anda taat kpd suami dan meredhainya(dgn anda mnjg solat n puasa)...

Sekiranya anda melayan suami anda yg pulang ke rumah dlm keadaan letih,pahalanya adalah jihad...

Seandainya anda mati dlm keadaan suami redha kpd anda,maka syurgalah tmpt anda...

Sesungguhnya redha suami adalah redha Allah kpd kita...

MuDAhnYA MenJAdi WaNiTa...

Semoga saya dan anda semua berpeluang menjadi isteri kesayangan suami...amiin....

Thursday, April 14, 2011

NEW UPDATE


Rasanyer nak dekat setahun aku tak update blog aku... mungkin sebab sebok dengan kerenah lutfi dan mungkin juga kemalasan telah melanda selama setahun..perubahan hormon kot....hehehehe...Walaupun dah lama tak update tapi.....dengan bangganyer hari ni aku membuka semula blog aku dengan lembaran yang baru dan cerita-cerita yang baru....Maklumlah dah lama tak update. Jadi bnyak benda yang aku nak cerita. Cecita...Cecita....



Lutfi pun dah semakin membesar dengan penuh sihat dan ceria. Nak masuk 3 tahun dah anak aku. Jadi umur aku pun dah bertambah. kekadang tu agak menyakitkan hati jugak. sebab bila dah besar perangai pun sangat2 pelik bin ajaib. Lutfi memang suka tgk catoon ultraman mebius (TV2) dengan amour hero (TV3) siap menction nama lagi.... Kalau weekend tak tengok cite tu memang tak lengkap lah hidup dia...yang paling tak tahan kalau cite tu dah habis dia akan menangis hingga nak terkeluar biji mata...Rasa nak bakar jer TV tu....Boleh? tak tahu lah tak puas tengok ke ?...tu yang kekadang aku hangin satu badan. Kalau cite ultraman tu ulang 88 kali pun tak per....Mandi ultraman...tido ultraman...makan pun ultraman.... Tak pe lah lutfi..ibu tak kesah...janji lutfi bahagia....kat bawah ni aku ada list kan cerita faveret Lutfi :



Toy Story



Monster Vs Alien



Shrek



Ice Age 1,2,3



Upin Ipin



Ultaraman



Amour Hero



Ant



Up





En Nasrul macam biasa lah dengan aktiviti harian nyer...pergi keje...balik keje...pastu hari jumaat malam sabtu dia ada main futsal ngan budak office...balik dah tentu pkul 12.30 pagi. Hari sabtu ngan ahad baru dia betul2 layan anak2. Maklumlah lutfi ngan abah dia, ngada2 sikit....nak dukung lah... Hopefully En nasrul menjadi seorang abah yang mithali...amin.....Bila kita penat bekerja seharian, balik rumah jer tengok keletah anak boleh hilang penat...Anak2 lah penghibur hati.. :)





Dan aku seperti wanita yang lain...sebok bekerja, menjaga anak dan menambah anak..upss....untuk pengetahuan semua pada tahun 2010 aku telah mengandung dan melahirkan seorang baby Gurl yang comel dan sempurna sifat nya. Yeyy..yeyy lutfi dah ada adik...tak boleh nak manja2 lagi. Jangan nakal tau... Dengan bangga nye En Nasrul bagi nama...itu pun puas dok pikir nak bubuh nama apa. Akhirnyer terkeluarlah idea. Aku dan En Nasrul bagi nama Qaseh Nur Zulaikha. Sedap tak ? Ada yang panggil Qaseh...ada jugak yang panggil Zulaikha. Keluarga sebelah En Nasrul panggil Qaseh, Keluarga sebelah aku panggil Zulaikha. Dulu kami berdua...pas tu bertiga...sekarang dah berempat...Maka bertambah besar lah keluarga kami.... :)



:: Qaseh Nur Zulaikha ::