Monday, August 24, 2009

~ HAPPY ANNIVERSARY ~

WEDNESDAY, AUGUST 19, 2009


Masa berlalu begitu pantas sekali. Terasa baru semalam bergelar pengantin baru. Rupa-rupanya dah tahun kedua pasangan Nazihah dan Nasrul bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua buat kami berdua.

Dulu bujang, kemudian berdua, dan kini dah bertiga. Dengan kehadiran anak kesayangan kami Muhammad Ammar Lutfi menambahkan lagi seri dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri. Lutfi adalah segalanya. Kasih kami padanya tak pernah berbelah bagi. Walaupun letih bekerja, namun bila tengok muka Lutfi yang cute macam ibu dan abahnya, hilang semua keletihan tu. Muka Lutfi macam muka siapa ye? soalan tu selalu orang tanya. Jawapan yang kami dapat pun pelbagai. Ada yang kata macam ibunya ada juga yang kata macam abahnya. Yang pasti Lutfi adalah zuriat kami berdua. Dan sudah pasti sekali pandang macam muka aku dan dua kali pandang macam muka suamiku pulak.

Semoga tahun depan kami dapat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama sama lagi.

1 comment:

  1. dah tentu la ikut abah dia....5 kali tgk bru nmpk rupa ibu dia...hehehe...jgn marah ha...

    ReplyDelete